Home » » Akta Hasutan: Adam Adli Dihukum Penjara Setahun

Akta Hasutan: Adam Adli Dihukum Penjara Setahun

Written By Azmy Klanajaya on 19/09/2014 | 12:29 pm


Aktivis pembangkang, Adam Adli dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di sebuah dewan, Mei tahun lalu.Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Adam yang juga bekas penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela Latheefa Koya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman itu.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger